Hai..apakahbar semua.Hari ini saya nak ceritalah sikit tentang Hari Jamuan Akhir Tahun di tadika anak saya seminggu yang lepas. Sebaik sahaja pulang daripada sekolah tadika, anak saya terus memberi sepucuk surat daripada gurunya. Surat itu menyatakan akan diadakan satu jamuan akhir tahun di tadika tersebut berserta tarikh. Di dalam surat itu juga menyatakan sekiranya ingin memberi sumbangan berupa makanan pun dialu-alukan.
Saya pun mula terfikir ingin mencuba membuat Apam Susu. Lagipun caranya pun sangat senang.Tetapi pastikan ada mixer.Kalau pakai senduk kayu takut kek tidak menjadi cantik dan tidak gebu. Resepi ini pun saya ambil daripada internet juga.Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelate
3 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu esen vanila
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu pekat
Cara-Cara Membuatnya
1. Pecahkan telur dalam satu bekas, masukkan gula, ovelate dan esen vanila. Putar sehingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan susu pekat kemudian putar lagi sehingga sebati.
3.Akhir sekali masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit dan putar dengan mixer sehingga sebati.
4. Setelah itu, bahagikan kepada beberapa warna dan curahkan ke dalam loyang yang sudah disapu butter atau marjerin. Lorekkan menjadi bentuk bunga mengikut kreativiti masing-masing menggunakan lidi bersih.
Masukkan ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan sebelum ini. Kukus selama 45 minit.
Inilah hasilnya apam susu setelah masak dan setelah dipotong kecil-kecil.
Anda juga boleh buat seperti ini macam apam susu polkadot.
Rasanya pun sedap dan disukai ramai. Memang habislah apam susu yang saya buat ni ketika hari majlis jamuan tu. Oleh itu, kalau anda ingin mencuba silalah share resepi saya ini. Akhir kata, selamat mencuba kepada semua.
Bye...
No comments:
Post a Comment