Assalamualaikum....Hai.. Apakhabar semua...Harap semuanya sihat-sihat hendaknya.Dah lama saya tak membaking kek kat rumah kerana sibuk dengan urusan lain.Tapi hari ini saya cuba untuk membuat Kek Pelangi  Warna- Warni kerana ada masa terluang. Alhamdulillah, menjadi pula ye kawan-kawan hehe..seronok betul saya. Kek ini sesuai untuk hidangan di waktu petang bersama-sama keluarga. Cara penyediaan kek ini pun sangat senang dan mudah sekali. Kek ini saya buat versi bakar ye. Jadi kena ada oven.

KEK PELANGI WARNA WARNI 

Kat sini saya akan tunjukkan anda satu persatu cara untuk membuat kek pelangi berwarna warni ini agar semua boleh faham ye terutama sekali pada newbee yang baru nak belajar buat kek. Kek ini warnanya bukannya semua warna pelangi yang kita campurkan.Kek pelangi diberi nama kerana teksturnya yang berwarna warni, yang elok dan sedikit berderai. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

BAHAN-BAHAN

1 Cawan marjerin pelangi
1 Cawan gula halus(gula pasir boleh blend pakai blender untuk jadi
 halus)
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur ayam gred A/B
2 sudu makan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Pewarna/ Perasa Pilihan

CARA-CARA PENYEDIAAN

1) Sediakan mangkuk besar, masukkan ke dalamnya marjerin, gula halus dan esen vanila. 

2) Kemudian pukul menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi sehingga tekstur menjadi lebih putih gebu.

3) Okey, yang ini sudah jadi putih gebu.

4) Seterusnya masukkan 3 biji telur tadi. Tetapi pecahkan sebiji demi sebiji. Caranya pecahkan telur sebiji kemudian pukul dengan mix. Pukul sekejap sahaja. Kemudian, pecah sebiji lagi dan pukul lagi sehingga lah telur yang ketiga.Pukul dengan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga sebati dan sekata.

5) Masukkan susu pekat manis, kemudian pukul lagi dengan kelajuan yang perlahan guna mixer sehingga sebati

6) Adunan akan kembang menjadi seperti ini gebu dan lemak berkrim.

7)Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali. Setiap kali memasukkan tepung gandum, kacau menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Ulang langkah ini sehingga tepung gandum habis. Kacau guna kaedah kaup balik je. Jangan kacau terlalu kuat. Nanti kek akan menjadi keras. Cukuplah sekadar menjadikannya semuanya sebati.

8) Kacau sehingga adunan menjadi sebati macam ini ye. Hanya menggunakan senduk kayu untuk kacau. Kaup balik sahaja ye, tak payah nak rajinkan diri nak mengacau lebih-lebih pulak.Kacau biasa-biasa je janji adunan sebati.

9) Bahagikan adunan beberapa bahagian. Kalau saya, saya hanya menggunakan 2 jenis pewarna sahaja iaitu merah dan hijau. Separuh lagi saya guna kan adunan asli yang berwarna putih. Perasa yang saya gunakan ialah pandan.

10) Cari bekas macam ini. Sapu marjerin di dalam nya seperti yang saya buat tu agar kek tidak melekat kat bekas nanti.

11) Saya akan masukkan lapisan adunan asli terlebih dahulu. Tapi ini terpulang kepada anda  hendak letak warna apa dulu ye untuk lapisan pertama.

12) Kemudian lapisan ke 2 saya letak warna hijau.

13) Lapisan ke 3 saya letak lapisan asli yang masih berbaki sedikit iaitu putih. Kemudian lapisan terakhir warna merah. Anda boleh pilih sendiri hendak letak warna apa ye janji nampak cantik dan warna-warna pun ceria bila tengok.

14) Goncang-goncangkan bekas adunan sehingga adunan menjadi sekata

15) Saya gunakan lidi cucuk satay untuk membuat lorekan corak di atas adunan. 

16) Haa..tengoklah corak apa yang saya lorek tu hehe!! Maaflah tak berapa nak menjadi hehe.. Tapi tak apa korang buatlah cantik-cantik.Saya tak pandai nak melukis hehe..

17) Apabila dah siap lorek corak, adunan tadi bolehlah dibakar di dalam oven. Sebelum nak bakar kek itu, panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit macam tu. Kemudian, baru lah dimasukkan adunan ke dalam oven. Bakar kek dalam suhu 170'C selama 10minit hingga 15minit. Kalau belum masak lagi tambah lagi minit. Kadang-kadang oven suhunya tidak sama ada yang cepat dan ada yang lambat masak.

Inilah hasilnya. Boleh dihidang bersama minuman petang anda. Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjual Kek Pelangi ini. Tapi yang penting anda perlu belajar membuat resepi ini dengan sebaik mungkin agar kek anda mendapat sambutan ramai.

Akhir kata, saya berharap anda suka lah dengan step yang saya tunjukkan di atas ye. Semoga anda berjaya membuat kek pelangi seperti saya. Sebarang pertanyaan boleh tanya kat ruangan komen ye. Anda juga dialu-alukan untuk share.

Terima kasih, bye 😁😚😚

Resepi Kek Pelangi Warna Warni sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment