Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya. Sudah lama saya tidak berblog disebabkan sibuk dengan kerja seharian .Untuk pengetahuan semua, saya ada buat bisnes kek coklat mini homemade. Bermacam-macam jenis kek coklat mini yang saya buat. Tapi di blog ini saya hanya akan kongsikan kek coklat mini yang paling senang dan mudah untuk dibuat serta kos perbelanjaan pun mungkin boleh dikurangkan kerana kek coklat mini saya ini tidak perlukan papercup. Saya hanya menggunakan bekas acuan sahaja. Bekas acuan pun plastik sahaja dan harganya sangatlah murah.Saya lebih suka membuat mini kek hanya menggunakan bekas acuan  kerana  kita boleh menggunakannya berkali-kali dan boleh menjimatkan kos tidak seperti papercup sentiasa kena bertukar ganti apabila nak membuat kek mini yang lain. Faham ke tak ye😅😅😅..saya pun kadang-kadang blur juga. Tak berapa pandai nak membina ayat yang baik bagi orang lain faham. Maaflah ye..😅😁
Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bahan-bahannya serta cara-cara membuatnya.

Bahan-Bahan

Bahan A:
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kastor/ gula pasir
3/4 cawan sebuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C:
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-Cara Membuatnya:

 1.Panaskan Pengukus terlebih dahulu.

2. Satukan semua bahan A di dalam sebuah periuk dan masakkan di atas api yang kecil.Kacau sehingga kesemuannya sebati. Setelah semua hancur dan sebati, tutupkan api dan biarkan seketika.

3. Ayakkan kesemua bahan B di dalam bekas lain.

4. Untuk Bahan C, mengikut cara saya, saya masukkan telur dan esen vanila ke dalam blender dan blend sampai keputihan.

5. Masukkan telur yang diblend tadi ke dalam bekas yang besar sedikit.Kemudian masukkan Bahan A yang telah dimasak. Kacau sebati dengan mengunakan senduk kayu atau whisk. Saya lebih suka guna mixer sebab kek akan jadi lebih lembut dan gebu.

6. Selepas itu, bolehla masukkan Bahan B yang telah diayak tadi. Masukkan sedikit demi sedikit kemudian kacau lagi sehingga sebati. Jikalau guna mixer jangan mix terlalu lama. Cukup bagi ianya sebati sahaja. Kemudian ambil sepatula atau senduk kayu kacau kaup balik sahaja.Ini bagi mengelakkan  kek nanti jadi terlampau gebu atau mudah rapuh apabila masak nanti.

7. Setelah acuan kek dah sebati, bolehla dimasukan 3/4 dalam bekas acuan yang kecil. Tidak kiralah jenis bentuknya macam mana.Kalau yang saya punya ni berbentuk bulat.Ada yang berbentuk bintang dan berbentuk hati atau "LOVE". Maafla ye saya terlupa pula nak snap gambar bentuk acuan saya punya.

8. Bekas acuan kek mini tadi bolehla dimasukkan di dalam pengukus dan kukuskan selama 15minit-20 minit sahaja.Untuk pastikan ianya sudah masak, gunalah lidi yang anda cucuk sate tu. Bersihkan dulu ye sebelum cucuk kek nanti. Sekiranya tidak ada  kek melekat di lidi tersebut, itu bermakna kek sudah masak.

9. Seterusnya bolehla dihidang begitu sahaja atau sediakan topping agar lebih nampak sedap dan menarik.

Resepi Topping Kek Mini Coklat
1) 150grm coklat masakan atau lebih bergantung berapa kuantiti kek coklat mini tersebut
2) 3/4 cawan susu pekat
3) 1/4 cawan susu cair
4) 1 sudu besar marjerin/butter

Cara-Cara Membuatnya
Masukkan kesemua bahan tadi kecuali mentega dan masak dengan menggunakan kaedah double boiler. Saya menggunakan kaedah ini kerana saya takut hangus je sebab saya ni suka berangan kat dapur hehe..Anda juga boleh masak di atas api yang perlahan untuk mengelakkan daripada coklat tu nanti jadi hangus.Kalau dah hangit dan hanggus memang tak sedaplah rasanya kan.  Kacau sebati sehingga dia jadi sedikit likat dan pekat. Jangan terlampau cair je. Sesudah sebati, masukkan mentega dan kacau lagi. Mentega tu adalah sebagai penyeri agar ganache itu nampak bersinar-sinar dan berkilat-kilat gitu...
Setelah siap, biarkan sejuk sedikit dan bolehla dicurahkan ke atas kek coklat mini dengan mengunakan sudu. Boleh taburkan coklat rice di atasnya sebagai hiasan.

Inilah hasilnya Coklat Mini yang moist dan sangat sedap.  Anda bolehla cuba-cuba membuatnya.Kek Coklat mini ni sangat sesuai untuk apa-apa majlis pun. Kanak-kanak pun ramai yang sukakannya. Senang untuk dimakan. Tak payah nak potong-potong bagai...

Saya ada membuat tempahan untuk  kek coklat mini ini di sekitar Teluk Kumbar dan kawasan Penang sahaja setakat ini. Sekiranya berminat sila lah emeil saya ye.Maaf saya tidak dapat memberi no telefon kerana ianya sangat peribadi. Maximun untuk bilangan tempahan 100 biji sahaja dan perlu diberitahu seminggu lebih awal.

Okeyla, setakat di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di next blog. 

Bye...😊😊😊😊

Resepi Kek Coklat Mini Kukus yang Moist & Sedap

2 comments: