Assalamualaikum...hai apa kabar semua..Alhamdulillah, masih ada rezeki saya untuk menulis lagi di blog ini. Beberapa minggu yang lepas laptop saya ni tak boleh nak switch on. Saya sangat sedih kerana tiba-tiba laptop saya bermasalah. Rupa-rupanya sambungan wayar bateri yang rosak. Nasib baiklah ada bateri lama yang masih boleh digunakan.Hampir seminggu lebih juga saya abaikan laptop saya kerana sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak saya pada tahun baru 2020 nanti.
Hari ini baru lah saya ada masa untuk update blog saya. Sebagaimana yang kita tahu, sekarang ini adalah musim membeli peralatan dan barangan sekolah anak-anak. Tanggal beberapa hari saja lagi sekolah akan mula dibuka. Kalau dah hujung tahun seperti ini pasti perbelanjaan ibubapa lebih kepada perbelanjaan persekolahan anak-anak seperti baju sekolah, buku sekolah, beg sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. Sekiranya ibubapa mempunyai bilangan anak ramai yang bersekolah, maka perbelanjaan untuk anak-anak sekolah akan menjadi lebih tinggi berbanding yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Oleh itu, setiap ibubapa haruslah bijak merancang perbelanjaan masing-masing.Dengan merancang perbelanjaan, baki duit yang ada masih boleh digunakan untuk perbelanjaan lain sehingga mendapat gaji akan datang.
Saya masih mempunyai dua orang anak-anak yang masih bersekolah di sekolah rendah. Anak saya yang pertama tahun depan akan melangkah ke tahun 3. Manakala anak yang kedua melangkah ke tahun 1. Perbelanjaan persekolahan anak saya yang darjah 1 adalah lebih tinggi berbanding darjah 3. Ini kerana anak saya yang tahun 1 itu perempuan dan barangan keperluan sekolahnya semuanya saya kena beli yang baru. Cuma alat tulis dan warna sudah tersedia ada. Maklumlah baru masuk sekolah tahun pertama. Kesemuanya harus disediakan dengan cukup.
Ini adalah antara beberapa barangan persekolahan yang saya belikan untuk anak-anak saya.
1) Pakaian Sekolah
Baju Sekolah Husna (Rm 13.90)
Baju Sekolah Asyraf (Rm12.17)
Kain Sekolah Husna (RM15.90)
Semua pakaian sekolah anak-anak saya ini saya beli di Pasaraya Longwan yang terletak di Sg Tiram, Bayan Lepas,Pulau Pinang. Kalau di Penang, Pasaraya Longwan adalah antara pasaraya yang termurah menjual pelbagai jenis barang tidak kira lah apa pun jenis barangan termasuk lah pakaian sekolah dan barang-barang persekolahan yang lain. Mungkin ada yang lebih suka memilih pakaian yang berkualiti , jenis kain yang bagus dan harga pun mahal. Namun, pada pendapat saya asalkan kain nampak elok dan selesa dipakai, saya akan membelinya walaupun harganya murah. Dengan itu sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan saya.
Di samping itu juga, saya juga ada membeli pakaian uniform KAFA
(Kelas Fardu Ain) untuk kedua-dua anak saya. Tahun 2020 anak saya mula belajar kelas agama iaitu kelas Fardu Ain di sekolah mereka untuk sesi petang.
2) Baju KAFA(Kelas Fardhu Ain)
Pakaian Kafa Lelaki ( RM24.90)
Pakaian Kafa Perempuan ( Rm 29.90)
Tudung Kafa ( Rm10.90)
Pakaian uniform KAFA saya beli di kedai Aswing iaitu sebuah kedai yang menjual barangan dan peralatan sekolah yang terletak berhampiran sekolah di Sungai Ara, Penang. Harganya untuk pakaian KAFA ini pada pendapat saya adalah sangat mahal. Harga untuk uniform KAFA perempuan adalah Rm 26.90. Manakala Uniform KAFA lelaki adalah RM 24.90. Tudung pula berharga Rm10.90 yang bersize SS. Harganya sangat berbeza dengan uniform sekolah yang saya beli di Pasaraya Longwan. Namun begitu, walaupun mahal sedikit tetapi kain nya tersangat lah elok, selesa,lembut tidak panas dan tidak jarang atau nipis. Anak-anak saya pun suka memakainya.
3) Kasut Sekolah
Kasut sekolah anak-anak juga saya beli di kedai Aswing. Saya memilih kasut sekolah jenis Pallas. Harganya tidaklah terlalu mahal kalau nak dibandingkan dengan kasut-kasut jenama lain. Harganya cuma RM25.00 sahaja untuk sepasang kasut. Jadi, saya hanya menghabiskan duit saya untuk kasut sekolah anak-anak hanya dengan harga RM50.00 sahaja untuk 2 pasang kasut.Murah tak ??? Hehe..lain orang lain pandangan kan....Kasut Palas pun cantik dan tahan lama. Kasut jenis ini mendapat pilihan ramai daripada ibubapa. Terutama sekali untuk ibubapa yang ingin berjimat seperti saya.
Sebelum ini saya sudah pun membeli sepasang uniform sekolah untuk Husna yang pertama di kedai Aswing. Harga sepasang pakaian sekolah ialah Rm18. Namun begitu, di kedai Aswing akan diberi potongan harga( diskaun 10%) untuk uniform sekolah. Oleh itu, ibubapa yang pergi ke sana boleh menjimatkan lagi perbelanjaan anda. Walaupun ada yang mahal, tetapi kainnya sangat elok dan selesa dipakai.Namun begitu, kalau anda ingin dapatkan harga yang lebih murah lagi bolehlah beli di Pasaraya Longwan, Mydin, Pasaraya Hari-Hari dan banyak lagi.
Apabila saya membuat pengiraan dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya, saya telah menghabiskan sebanyak lebih kurang Rm600 untuk barang-barang sekolah anak-anak saya termasuk lah buku-buku sekolah dan pakaian sukan di sekolah.
Harga ini sangat berbeza dengan setiap individu. Ada juga ibubapa yang berbelanja lebih daripada saya ataupun kurang daripada saya. Kesemuanya adalah di atas kemampuan perbelanjaan masing-masing. Ini adalah antara beberapa jenis pakaian yang digunakan di sekolah anak-anak saya.Pakaian yang berwarna kuning dan hitam itu adalah pakaian sukan. Harga nya Rm35 sepasang. Kalau 3 pasang berapa lah agaknya ye. Oleh sebab itu lah, kesian kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang ramai bersekolah tetapi kurang berkemampuan. Mereka terpaksa menyediakan keperluan anak-anak sekolah walau dengan apa cara sekalipun.
Tahun 2020 ini, saya tidak membeli seluar sekolah untuk anak lelaki saya kerana seluar yang lama masih boleh dipakai lagi. Beg sekolah pun masih boleh digunakan lagi. Tambahan pula, dahulu anak perempuan saya bersekolah di Pra-Sekolah. Jadi, cikgu ada memberi hadiah sebuah beg sekolah kepada semua pelajar pra-sekolah.Ini boleh menjimatkan perbelanjaan saya untuk tahun baru ini.
Saya hanya menyediakan 2 pasang sahaja baju uniform sekolah untuk anak-anak saya. Kalau sehelai rosak atau kotor, anak saya masih ada sehelai lagi pakaian sekolah untuk dipakai. Lagipun saya hanya bekerja dari rumah dan suri rumahtangga. Saya masih ada masa untuk membasuh baju anak-anak yang kotor. Berlainan pula bagi ibubapa yang bekerja di luar. Sudah pasti tidak ada masa untuk mencuci pakaian sekolah anak-anak yang kotor atau rosak. Oleh itu, mereka sanggup membeli 3 atau lebih helaian uniform sekolah anak-anak mereka.
Apa yang penting di sini ialah dari segi kemampuan ibubapa atau individu tersebut. Sekira anda mampu, anda boleh beli sebanyak mana yang anda ingin kan. kalau yang kurang berkemampuan seperti saya, lebih baik berjimat cermat. Kalau ada pakaian yang masih boleh dipakai, tidak perlulah kita membazir wang untuk membelinya. Kita hanya perlu membeli apa-apa barang yang perlu sahaja. Jangan mengajar anak-anak kita untuk mendapatkan sesuatu benda dengan mudah. Ajarlah anak-anak anda untuk berjimat cermat dan membeli barangan mengikut kemampuan kita sahaja.
Setakat di sini sahajalah perkongsian saya tentang perbelanjaan persekolahan anak-anak saya di tahun 2020 ini. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat dan persediaan awal kepada ibubapa yang akan mencari pakaian sekolah anak dan barangan sekolah yang lain di masa akan datang.
Sampai kita berjumpa lagi ye. Bye....
Terima kasih atas perkongsiannya lieyza. Bila sesi sekolah mula tahun baru macam tu la kan kita sbg ibu bapa mmg kena ada duit utk peruntukan nak beli baju uniform sekolah anak-anak dan macam2 keperluan lain lagi yang nak kena bayar kan ��
ReplyDeleteSama-sama kasih.Ye betul tu.Sebagai ibubapa/penjaga kita mmg perlu ada peruntukan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.Terutamanya di awal persekolahan spt ini lah.Kalau tak mampu beli sekaligus, boleh beli sedikit demi sedikit.Tidaklah rasa terbebankan.Terima kasih ye dengan komen anda yg bernas ni 😁👍👍
DeleteTq atas perkongsian puan tentang pakaian KAFA
ReplyDeleteSama-sama kasih 😁😁👍👍
ReplyDeleteBaju KAFA 2020 warna biru ada jual dak di Longwan dan berapa harganya, adakah sama murah seperti harga baju uniform warna putih sekolah..
ReplyDeleteKat longwan tak ada jual baju Kafa 2020. Kalau ada pun warna biru yang macam pengawas pakai tu.Kalau kat sekolah anak saya, baju biru pengawas tu pun boleh pakai juga untuk kafa.Harga mungkin lebih murah.
ReplyDelete