Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Harap-harap semuanya sihat-sihat selalu. Terima kasih kerana singgah di blog Jalieyza Husna ini ye. Post untuk kali ini adalah saya ingin kongsikan dengan pembaca budiman semua tentang resepi Apam Polkadot yang cantik, sedap dan lembut.Kalau kita tengok ada pelbagai rupa corak apam polkadot ni kan. Ada yang dilukis bentuk dot.dot, ladyburg, angry bird,emoji,bentuk strawberi dan sebagainya. Intinya pula ada macam-macam jenis ada inti strawberry, coklat,kaya, blueberry dan banyak lagi. Apam polkadot akan jadi lebih sedap kalau mengikut cara membuatnya dengan betul.
Tanpa membuat masa, marilah kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. Jikalau salah teknik, apam polkadot tidak akan menjadi. Mungkin menjadi keras dan corak lukisan apam polkadot tidak akan terbentuk cantik.
BAHAN-BAHAN
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 3 sudu teh baking powder
3) 1 cawan susu cair
4) 3 biji telur gred A/B
5) 1 cawan gula kastor( saya guna gula pasir)
6) 1 sudu besar ovalette
7) 1 sudu teh esen vanila
8) Filling ( bluberi, strawberi, nutella, coklat
9) Pewarna
CARA-CARA MEMBUATNYA
1) Ayak tepung gandum & baking powder bersama. Ketepikan.
2) Pukul telur, gula, esen vanila & ovalette sehingga betul-betul kembang dan gebu. Guna mixer dengan kelajuan yang tinggi.
3) Kemudian, masukkan tepung dan susu cair sedikit demi sedikit secara selang-seli ( guna kaedah kaup balik menggunakan spatula).
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & letakkan warna
5) Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dengan mengunakan piping bagi papercup kecil. Kalau saya punya, saya pakai sudu je lagi cepat.Masukkan separuh dulu. Kemudian, letak inti ( bluberi, coklat, kaya dan sebagainya) dan tutup semula dengan adunan sehingga hampir penuh.
6) Papercup hendaklah di letakkan dalam bekas acuan lompang baru apam berbentuk bulat dan cantik.
7) Buat dot-dot atau apa corak sekali pun seperti angry bird, strawbery,ladybug dan sebagainya. Guna kreativiti anda sendiri.
8 Kukus selama 10-15minit dengan api sederhana.Tudung pengukus mestilah dibalut dengan kain agar air wap tidak jatuh ke atas apam ketika sedang mengukus.
Apam akan terbentuk dengan cantik kalau letak dalam acuan lompang ye seperti dalam gambar.
Haa...kalau dah pandai nak buat apam polkadot ini, anda boleh menerima tempahan daripada orang ramai. Secara tidak langsung anda boleh menjana pendapatan dengan menjual apam polkadot. Pasti ramai yang nak beli atau tempah sebab rupanya cantik dan rasanya sedap.
Tambahan pula, kuih apam polkadot memang sesuai untuk apa-apa majlis terutama kanak-kanak.Untuk menarik minat kanak-kanak, anda buatlah corak yang kanak-kanak suka. Contohnya apam polkadot angry bird, ladybug dan gambar kartun-kartun yang comel mengikut kreativiti anda sendiri.
Alhamdulillah, sejak saya belajar membuat apam polkadot ini, banyak tempahan yang saya terima terutama sekali daripada guru-guru sekolah dan pekerja-pekerja 'office'.
Akhir kata, selamat mencuba kepada semua yang berminat untuk belajar membuat apam polkadot. Sememangnya hendak membuatnya sangat senang tetapi adakalanya ia tidak menjadi. Jangan terus berputus asa. Sekali tidak menjadi, tidak mengapa...anda cuba lagi.Saya dulu pun macam tu juga. Lama-lama kelamaan okey dan anda akan menjadi semakin mahir..
Semoga berjumpa lagi...
Bye.....☺✋✋
Terima kasih, untuk recipe tersebut!! Memang best
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama-sama kasih.Tq singgah kat blog ni ye.
ReplyDeleteSlm sis...lau kta nk jual brape sebiji
ReplyDeleteBaru 1st try ... Harap menjadi...
ReplyDeleteTerima kasih resepinya...saya dah Terima tempahan Hari ke2 buat apam ni ...buat suka2 hantar cafe terus Ada tempahan...mmg tak menang tangan...
ReplyDelete