Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang penderaan kanak-kanak dan kematian anak-anak asuhan di rumah pengasuh. Kadang-kadang kita hairan kenapa semua ini terjadi kan.Kalau kita silap memilih pengasuh anak, ini lah yang akan terjadi. Kadang-kadang sikap ibubapa anak asuhan itu sendiri yang membuatkan seseorang pengasuh itu bertindak sedemikian. Hanya segelintir sahaja pengasuh yang bersikap kejam begini. Namun begitu, masih ramai lagi pengasuh yang berhati mulia dan tidak sanggup bertindak sedemikian rupa terhadap anak asuhan masing-masing.
Begitu juga dengan saya. Sebelum ini saya pernah menjadi seorang pengasuh. Saya tidak pernah mengasari anak asuhan saya walaupun saya ada sedikit ketidakpuasan hati dengan ibubapanya. Saya akan berkongsi kan pengalaman saya menjadi seorang pengasuh sebelum ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf sekiranya ada yang terguris hati membaca post saya ini. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang pernah saya alami semenjak menjadi pengasuh beberapa tahun yang lepas.Mungkin pengalaman yang saya alami ini boleh membantu anda semua untuk bertindak dengan lebih baik.
Ramai ibu-ibu yang berkejaya terpaksa menghantar anak-anak kepada pengasuh sama ada di taska ataupun pengasuh di rumah. Seseorang ibu sudah tentu mengharapkan pengasuh yang baik untuk menjaga anak-anak mereka. Saya akan senaraikan beberapa perkara yang tidak disukai oleh pengasuh sepanjang mengasuh anak anda. Ibubapa yang menghantar anak-anak kepada pengasuh perlu ambil tahu akan hal ini. Biasanya masalah ini adalah datangnya daripada pihak ibubapa itu sendiri. Walaupun mereka menganggap perkara-perkara ini sangat remeh-temeh, tetapi masalah ini amat berat ditanggung oleh pengasuh.Untuk memastikan pengasuh sayang dan menjaga anak anda dengan baik, anda sebagai ibu bapa jangan sesekali melakukan sikap seperti yang saya senaraikan ini.

Antaranya :
1) Jangan langgar perjanjian asal antara Pengasuh dan Ibubapa
Ketika hari pertama berjumpa pengasuh, sudah pasti ibubapa dan pengasuh sudah berbincang bersama-sama.Pengasuh sudah tentu akan memberi beberapa syarat sekiranya ibu bapa itu inginkan khidmatnya. Contohnya tarikh pembayaran gaji pengasuh, ketetapan masa mengasuh daripada pukul berapa ke pukul berapa, atau ada cas tambahan ke tidak sekiranya lambat ambil anak dan sebagainya. Sekiranya anda tidak ikut seperti yang dijanjikan, akan membuatkan pengasuh itu tidak berpuas hati.
2) Tidak memaklumkan kepada pengasuh untuk menghantar anak lebih awal.
Perkara ini sering kali terjadi kepada saya. Waktu mengasuh saya ialah pukul 12.30 tengahari seperti yang dijanjikan sebelum ini oleh ibubapa baby X. Oleh itu, sebelum waktu tersebut, saya boleh keluar dan membuat urusan lain. Banyak kali juga lah ketika saya berada di luar, ibu X mesej atau telefon saya 'last minute'. Dia memberitahu saya yang dia berada di hadapan rumah saya tetapi pintu berkunci.Saya yang berada di luar terpaksa bergegas pulang. Ini amat menyusahkan saya. Saya terpaksa menangguh kan urusan saya yang lain dan terpaksa pulang ke rumah. Saya akui mengasuh anak itu adalah tanggungjawab saya. Tetapi adalah lebih elok kalau memberitahu pengasuh lebih awal sehari sebelum atau pun beberapa jam sebelum datang ke rumah pengasuh. Pengasuh pun boleh membuat persiapan lebih awal.Mungkin dia akan keluar pada hari lain pada masa yang sesuai. Yang penting ibubapa kena maklumkan kepada pengasuh terlebih dahulu.
3) Melengah-lengahkan untuk memberi barang yang diminta oleh pengasuh.
Ketika saya menjadi pengasuh dulu, saya akan meminta ibubapa untuk sediakan barang mandian anak, susu, botol dan biskut. Pada hari pertama saya mengasuh, ibubapa tidak membekalkan barang mandian anak kepada saya seperti syampu, sabun mandian,ubat gigi, berus gigi, sikat rambut, bedak dan sebagainya. Hampir sebulan baru lah barang-barang ini diberikan kepada saya. Saya sangat sedih ada juga ibubapa yang tidak mementingkan kebersihan anak sendiri. Semua hal hendak diserahkan kepada pengasuh.
4) Menghantar anak tanpa tukar lampin/pampers terlebih dahulu
Hal ini banyak berlaku kepada pengasuh.Kadang-kadang hantar anak dengan tidak mandi dan pampers pun tidak bertukar.Pampers pun dah penuh dengan air kencing atau najis. Semua diserahkan kepada pengasuh untuk diuruskan.Saya pun pernah mengalami perkara yang sama. Bayangkan baby X dijemput pulang ke rumah pada 6.30ptg. Tetapi keesokan hari pukul 12.30tgh atau pukul 1 petang, baby X dihantar dengan memakai baju yang sama.Baju itulah yang saya pakaikan sebelum dia pulang. Tanpa disangka-sangka terdapat tompokan air kencing di seluarnya. Itu menandakan pampers baby X sudah penuh dan bocor.
Baby X sudah duduk merata di dalam rumah saya, di atas karpet di sofa.Terpaksa saya cuci semuanya. Apabila saya mesej memberitahu ibunya, jawapannya ialah tadi pampers anaknya masih tidak penuh. Sudah berapa jam baby X tidak bertukar pampers. Sesibuk mana pun ibubapa jangan abaikan anak dan jaga lah kebersihan anak anda dengan baik. Jangan mengharapkan pengasuh saja untuk jaga kebersihan anak anda.

5) Mengharapkan anak yang masih kecil membuat sesuatu perkara dengan sendiri tanpa dipantau oleh ibubapa.
Saya masih ingat lagi.Ketika ini usia baby X sudah berusia 3 tahun tetapi dia masih memakai pampers. Kebiasaannya dia akan memakai pampers apabila datang ke rumah saya. Tetapi ada satu hari, saya ternampak seluarnya basah dan bau hancing. Rupa-rupanya dia kencing kat ruang tamu rumah saya.Apabila saya buka seluarnya rupa-rupanya dia tidak memakai pampers. Ibu dia pula tidak memaklumkan kepada saya yang anaknya tidak memakai pampers pada hari tersebut. Kalau lah saya tahu lebih awal, saya akan pakaikan pampers untuk baby X sebaik sahaja dia sampai di rumah saya. Saya sangat terkilan dan sedih. Baby X sudah ke sana ke mari di ruang rumah saya. Sudah tentu air kencingnya sudah menitis di sana sini. Air kencing itu najis. Kalau tak dibersihkan tidak sah solat kalau terpijak kan.
Apabila saya memberitahu ibu X, dia memberi jawapan anaknya mahu memakai sendiri baju dan seluarnya. Dia tidak menyangka yang anaknya itu tidak memakai pampers. Perkara ini sangat tidak elok. Ibubapa haruslah memberi perhatian kepada anak mereka.Jangan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada anak. Tambahan pula dia masih kecil.
6) Jangan lambat bayar gaji pengasuh
Saya telah membuat perjanjian bertulis dengan ibu X serta suaminya tentang tarikh pembayaran gaji. Pada mulanya okey. Tetapi lama-kelamaan gaji saya dibayar lambat daripada tarikh yang dijanjikan. Pengasuh juga mempunyai komitmen lain yang harus dibayar. Selain itu, pengasuh bekerja dan perlukan tarikh gaji yang tetap seperti majikannya. Saya terpaksa tebal kan muka untuk meminta gaji saya. Alasannya dia tidak ingat untuk membayar kepada saya. Memang selalu terjadi seperti ini. Alasannya dia terlupa. Oleh Kerana sikapnya yang selalu terlupa, saya menjadi susah hati setiap kali tarikh gaji. Walaupun sudah diminta, masih dilambat-lambatkan lagi. Mana mungkin boleh bersikap acuh tidak acuh seperti itu. Pengasuh ini telah menjaga anak anda. Jadi anda kena lah bayar khidmat dia pada tarikh gaji yang telah dipersetujui bersama.
7) Adab menghantar anak ke rumah pengasuh
Biasanya ibu atau bapa akan turun daripada kenderaan masing-masing terlebih dahulu. Kemudian akan memberi salam kepada tuan rumah untuk menghantar anak. Pada permulaannya ibubapa baby X ada buat begini apabila datang ke rumah saya. Mungkin saya baru mengasuh anaknya ketika itu. Semuanya baik-baik sahaja. Lama kelamaan saya nampak anaknya turun seorang diri daripada kereta dan masuk ke rumah saya tanpa diiringi oleh ahli keluarganya. Pintu rumah saya memang sentiasa terbuka. Ibubapanya hanya memerhati daripada dalam kereta. Kadang-kala saya terkejut baby X berada di dalam rumah saya tanpa saya sedari.
Begitu juga ketika waktu mahu mengambil baby X pulang, ibu atau bapa baby X akan bunyikan hon kenderaan menandakan mereka sudah sampai di kawasan rumah saya. Saya mengiringi baby X untuk keluar menuju ke kereta ibubapanya. Tetapi ibu X dengan suaminya berada di dalam kereta yang bercermin gelap.Mereka tidak pula menurunkan cermin gelap itu untuk menyapa saya. Kadang-kadang sedih juga diperlakukan seperti itu. Adab dengan pengasuh amat perlu dijaga.

8) Mengambil anak lambat tanpa alasan.
Walaupun lambat mengambil anak, saya tidak pernah kenakan cas tambahan kepada ibubapa anak asuhan saya. Ini kerana saya masih bertolak ansur dengan ibubapa baby X. Tetapi ibubapa kena lah sedar, jam 7 malam dan ke atas dikira sudah lewat. Pengasuh juga perlukan masa itu untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada suami dan anak-anak di rumah. Janganlah diberi beban kepada pengasuh kerana sudah seharian pengasuh menjaga anak anda. Kalau lambat datang, sila lah beritahu lebih awal kepada pengasuh. Tidaklah pengasuh tertunggu-tunggu kehadiran anda.
9) Jangan mengambil kesempatan ke atas pengasuh yang baik.
Ibubapa baby X telah datang ke rumah saya untuk berjumpa buat kali terakhir kerana saya tidak lagi mengasuh anak nya. Setelah saling meminta maaf dan memberi sedikit hadiah, saya pun okey dan mereka pun pulang dengan hati yang senang. Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat mesej daripada ibu X. Dia ingin meninggalkan baby X kepada saya sebentar kerana ada urusan perniagaan di luar. Ketika itu saya juga ingin keluar bersama-sama keluarga saya.
Saya beranggapan masa saya tidak lagi diganggu oleh sesiapa kerana saya bukan lagi seorang pengasuh. Rupa-rupanya masih ada lagi yang mengganggu ketenangan saya hehe. Saya terpaksa membalas mesej memberitahu ibu X yang saya tidak lagi mengasuh baby X. Jadi, dia tidak boleh lagi dihantar ke rumah saya walaupun sekejap. Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam perkara seperti ini agar tidak ada sesiapa berani mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita.
Berdasarkan huraian saya di atas, ini adalah antara beberapa perkara yang tidak disukai oleh pengasuh. Seandainya anda mendapat pengasuh yang berdendam dan tidak berpuas hati sudah pasti anak anda yang menjadi mangsa kemarahan mereka. Kalau anda sayangkan anak anda, berbuat baiklah kepada pengasuh anak anda. Oleh itu, untuk memastikan pengasuh menjaga anak-anak anda dengan baik, anda kena lah mengambil hati pengasuh dan memudahkan kerja mereka. Kerjasama dan bertolak ansur antara ibubapa dan pengasuh akan memberi impak positif kepada anak-anak asuhan. Perkara ini amatlah dititik beratkan kepada kedua-dua belah pihak.
Hanya segelintir sahaja ibubapa anak asuhan yang memberi masalah kepada pengasuh. Kadang-kala ada juga masalah berpunca daripada pengasuh itu sendiri. Semoga kita menjadi seorang ibubapa dan pengasuh yang baik kepada anak-anak yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T ini.
Setakat di sini sahajalah post saya tentang tips agar anak kita disayangi oleh pengasuh. Kalau ada tersilap tulis, terkasar bahasa ataupun terguris hati harap dimaafkan. Yang buruk itu datang daripada saya. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T
Semoga jumpa lagi,
Bye....

Terima kasih puan atas perkongsian yang sangat baik ini. Insha-Allah saya akan ambil cakna tentang nasiht di atas :)
ReplyDeleteye, sama-sama..Maaf lambat reply :)
ReplyDelete