Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca semua. Hari ini Cik Lieyza nak berkongsi resepi untuk membuat Kek Majerin yang sedap dan mudah.Cik Lieyza buat ini tidak menggunakan mixer. Cik Lieyza hanya menggunakan tangan dan senduk kayu je untuk bancuh kek ye.Rasa penatlah sikit nak mengacaunya. Tetapi bergantunglah kepada anda semua ye.Kalau nak menggunakan mixer pun okey.

Kek ini senang sahaja hendak membuatnya. Rasanya pun sedap. Masa untuk hari raya nanti bolehla kalau nak membuat resepi kek majerin ini. Jom, kita tengok apa bahan-bahannya. Kalau tidak ada simpanan di rumah, bolehla ke kedai untuk membeli bahan-bahannya.


Kek Majerin Yang Sedap


Bahan-Bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan majerin pelangi atau jenama lain pun boleh
  • 1 cawan gula halus ( Cik Lieyza guna gula pasir je)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila 


Ini adalah antara bahan-bahan yang ada kat rumah Cik Lieyza



Cara-Cara Membuatnya:

1. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder- ketepikan

2. Pukul majerin dan gula sampai kembang.



3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.



4.Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau lagi sampai betul-betul kembang.




5. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak tadi.



6. Sapu majerin di loyang terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan kek ke dalam loyang. Sebelum itu panaskan oven 15minit dalam suhu 170 darjah celcius.


7. Untuk hiasan kek, anda boleh letak ceri ke, chocolate chip ke dan macam-macam lah. Saya punya saya letak coklat rice.




8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga masak. Ada sesetengan oven tak sama. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Sekiranya belum masak lagi anda tambahlah minit lagi sehingga masak.




9. Apabila dah masak, biarkan kek dalam oven sehingga sejuk. Baru boleh dikeluarkan dipotong dan sedia untuk dimakan.


10. Ini lah hasilnya.





Okey, sudah siap dah bolehla dimakan seisi keluarga. Mudah bukan. Selamat mencuba.


Bye....



































RESEPI KEK MAJERIN MUDAH & SEDAP


Assalamualaikum...hai apakabar semua.

Di sini saya nak sharekan resepi untuk membuat agar-agar kastard yang berwarna warni. Kalau di kelantan, agar-agar dipanggil nama belda. Caranya sangat mudah sekali. Kita tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat agar-agar jenis ini. Sambil berwatsapp pun boleh buat resepi ini.

Okey, mula-mula kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan.



Agar-Agar Kastard Berwarna warni


Bahan-Bahannya
  •  1 pack agar-agar(20gram/25gram)
  • 6 cawan air
  • 12 sudu makan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh pewarna merah ( sebagai hiasan)
  • 1 sudu teh pewarna hijau (sebagai hiasan)
  • Sedikit perasa (oren,coklat,milo dan lain-lain)

Cara-Cara Membuatnya :
  1. Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih serta larut semuanya.
  2. Masukkan tepung kastard,kuning telur(pastikan bancuh dahulu agar tidak berketul) dan masukkan susu cair ke dalam agar-agar tadi. Kacau sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, matikan api. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang.
  4. Percikkan pewarna tadi hijau dan merah mengikut kreativiti anda sendiri,
  5. Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan. 

Haa...ini saya punya hiasanlah. Tak berapa nak kreatif sangat.




Agar-agar dan siap di potong dan bolehla di makan.Maaflah, gaya potongan tak berapa nak lulus. Tapi tak apa janji sedap hehe...





 Akhir sekali, sebagai penutup kata sekiranya anda suka dengan resepi ini bolehla mencuba di rumah. Senang,mudah dan jimat masa. Sedap pun sedap. Eh! macam nak promote pulak..Hehe...bukan promote tau.Just share kepada kawan-kawan semua.

Okeylah, bye.Jumpa lagi the next blog.

Terima Kasih.


Resepi Agar-Agar kastard yang lazat