Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post untuk blog saya kali ini ialah tentang kisah seram yang pernah saya alami sendiri suatu ketika dahulu. Selalunya saya post pasal hal masakan je. Kali ini bertukar selera ke cerita seram pulak ye hehe..

Korang mesti pernah dengarkan orang tua-tua dulu selalu berpesan dan melarang anak-anak mereka memotong kuku di waktu malam.Orang zaman sekarang kebanyakkan nya tidak percaya dengan kemunculan makhluk halus ini. Kita mungkin beranggapan apa yang dilarang oleh datuk nenek kita dahulu hanya ingin menakut-nakutkan kita saja. Saya dulu pun bertanggapan begitu juga sehingga lah saya alami sendiri kisah seram ini.

Gambar Hiasan


Kisah ini berlaku ketika saya masih bersekolah di sekolah rendah.Usia saya ketika itu 11 tahun. Pada suatu hari, saya memotong kuku saya di dapur. Pada waktu itu masih awal dalam pukul 6 lebih. Saya tidak pasti tetapi seingat saya pukul 6 petang. Sememangnya saya sudah tahu akan larangan memotong kuku pada waktu senja. Tapi saya rasa saya mengetip kuku itu masih awal. Belum pun sampai pukul 7 malam. Setelah saya memotong kuku, saya membuangnya ke bawah rumah. Rumah ibubapa saya dulu rumah papan, ada tiang tinggi.Jadi saya membuang kuku saya melalui celah-celah lubang lantai papan dan jatuh ke tanah.. Dahulu,saya masih kebudak-budakkan dan belum matang lagi.

Rumah ibubapa saya adalah sebuah rumah kampung yang sudah usang. Ada 2 bilik sahaja. Satu bilik dekat dapur dan satu bilik lagi berdekatan ruang tamu. Kakak saya tidur di bilik yang berdekatan dengan ruang tamu itu. Manakala adik saya tidur di bilik yang berdekatan dengan  dapur.Pada malam itu, saya tidur bersama ibu dan ayah saya di ruang tamu.Seperti biasa, ayah saya akan menutup semua lampu dalam rumah semasa hendak tidur. Maklumlah nak jimat elektrik sebab kami dulu bukannya orang senang.  

Ketika semua orang tengah nyenyak tidur termasuk lah saya, tiba-tiba saya tersedar apabila mendengar orang tengah mengetip kuku di dapur. Cara mengetip kukunya sama seperti saya ketip kuku pada petang sebelum itu. Saya ingat kan kakak atau adik lelaki saya yang memotong kuku pada waktu  malam. Tapi yang saya pelik kalau mereka yang potong kuku di dapur, kenapa lampunya tidak dibuka. Saya mendengar orang tengah ketip kuku di dapur rumah  di dalam gelap. Saya cuba berani kan diri untuk bangun dan pergi melihat sendiri siapa yang mengetip kuku kat dapur. Ketika cuba bangun, tiba-tiba ibu saya menarik tangan saya untuk tidur kembali.Saya merasa hairan. Saya memberitahu ibu yang saya terdengar orang ketip kuku di dapur. Ibu tetap menyuruh saya kembali ke tempat tidur. Ha...korang boleh bayangkan tak apa benda tu huhuhu...seramkan... Mesti ibu saya pun dah dapat agak apa benda tu.

Pada keesokkan pagi nya, saya cepat-cepat bangun dari tidur dan pergi bertanya kepada adik dan kakak sama ada mereka kah yang mengetip kuku semalam di dapur. Mereka masing-masing menggelengkan kepala tanda tidak berbuat demikian.Maka, bertambahlah persoalan di fikiran saya siapa yang mengetip kuku semalam. Persoalan itu mula terjawab apabila ada orang post pengalaman sama seperti saya.. Rupa-rupanya bukan kerja manusia tetapi ada lah makhluk halus seperti jin dan syaitan yang cuba menyesatkan kita.

Oleh itu, kita manusia zaman moden kini haruslah percaya dengan kata datuk dan nenek moyang kita kerana mereka lebih berpengalaman dan telah mengalami pelbagai kejadian atau peristiwa yang mistik ini. Nasihat saya buat anda semua, kalau nak potong kuku tu potonglah pada waktu pagi atau di siang hari.Jangan lakukan pada waktu senja atau waktu malam. Tetapi saya ketip kuku pukul 6 petang pun terkena juga tau.. Semuanya dengan izin Allah kan...

Akhir kata, setakat di sini sahajalah kisah seram saya untuk selingan pembaca semua. Semoga anda terhibur membaca nya ye...

Okey, babai semua..

Kisah Seram Ketip Kuku Waktu Senja