Assalamualaikum semua. Hai...apa khabar.Harap semuanya sihat-sihat belaka ye. Untuk coretan blog kali ini, saya ingin kongsikan kepada kawan-kawan semua cara-cara untuk membuat Agar-Agar Pandan. Resepinya sangat senang dibuat. Malahan, bahan-bahannya pun senang di dapati dan murah.

Bahan-Bahan :
  1. 1 paket agar-agar bertali (20gm @ 25gm)
  2. 5 cawan air
  3. 1 1/4 cawan gula pasir
  4. Secubit garam
  5. 1 cawan santan
  6. 1 cawan pati pandan 
  7. 1 biji telur

Cara-Cara Membuatnya :
  1. Kisar 7-8 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan pati sahaja. Ketepikan.
  2. Satukan santan, garam dan telur dalam bekas. Kocak/pukul perlahan.Jangan kisar guna blender ye. Ketepikan.
  3. Dalam bekas berasingan, masak kan agar-agar, air pandan dan air hingga larut. Kemudian, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
  4. Apabila mendidih, masuk kan bancuhan santan tadi. Kacau sehingga betul-betul mendidih, meruwap.Padamkan api.
  5. Tuangkan adunan agar-agar ke loyang dan sejukkan di bawah kipas.
  6. Apabila bahagian atas agar-agar beku, boleh masukkan ke dalam peti ais
  7. Boleh potong, siap boleh dimakan😃

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

No comments:

Post a Comment