Salam semua..hai apakahbar..Harap semuanya sihat-sihat belaka ye.Stay at home.Keluar apabila perlu sahaja ye.
Semejak pkp ni, masa kita banyak berada di rumah je kan. Kalau dah selalu kat rumah, kerja apa yang boleh dibuat selain nak makan je kan. Ideal nak masak laksa utara ni ketika akak ke pasar nak beli lauk nak masak.Tiba-tiba terlihat harga ikan sardin yang sangatlah murah harganya.Rm4.50 setengah kilo.Ikan pun segar-segar. So, akak pun beli lah dalam sekilo lebih.Lepas tu, akak beli lah bahan-bahan yang lain macam timun,salad,bunga kantan dan sebagainya.Harganya pula murah saja.Budget Rm20 sudah mencukupi.
Sesiapa yang nak buat laksa utara yang sedap tapi simple je caranya boleh ikut resepi kat sini ye.
Bahan-Bahan Kuah Laksa
📌Ikan sardin 1 kg
📌cili Kering 6 tangkai
📌bawang merah 10 ulas
📌bawang putih 3 ulas
📌belacan size 50 sen.
📌asam keping 6 keping
📌Kiub ikan bilis
📌bunga kantan
📌daun kesum
Bahan-Bahan ramuan untuk Makan bersama Laksa.
📌Laksa basah/laksa beras kering(rendam dengan air panas untuk lembutkan laksa)
📌Timun- dipotong dadu
📌bawang merah- dihiris halus
📌cili padi - dipotong kecil
📌Salad -di potong kecil
📌Telur direbus dan dibuang kulit.Belah 2 bahagian.
📌Limau kasturi untuk perahan ke dalam laksa
CARA-CARA MEMBUATNYA :
🌶️ Rebuskan ikan sardin.Pastikan air rebusan yang banyak sebab nak jadikan kuah nanti air rebusan itu.Pastikan ikan tergelam di dalam air.
🌶️ Masuk 2 atau 3 keping asam keping. Rebuskan.
🌶️Kemudian, ikan rebus yang dah masak boleh tos kan dan sejuk kan.
🌶️Ambil isi ikan dan blender.Guna air rebusan ikan tadi.Blender sekejap saja.Jangan bagi hancur lumat.Nanti tak rasa ikan pulak kat kuah laksa nanti.
🌶️isi ikan siap diblender dimasuk kan dalam periuk air rebusan ikan tadi.
🌶️Kemudian, tulang ikan tadi boleh diblender dan guna air rebusan ikan yang sama.
🌶️Tapiskan tulang ikan yang diblender tadi di dalam periuk air rebusan ikan tadi juga.
🌶️Kemudian, blender beberapa cili kering,bawang merah,bawang putih & belacan.Saya tak bakar pun belacan tu..Tapi rasa masih sedap.
🌶️Selepas diblender, masukkan kesemuanya ke dalam periuk air rebusan ikan tadi.
🌶️Tambahkan beberapa keping asam keping lagi.
🌶️Kacau sekata.Masukkan kiub ikan bilis dalam 2 atau 3 kiub
🌶️Masukkan bunga kantan dan daun kesum
🌶️ Kacau sekata
Akhir sekali, ini lah hasilnya....
Bye.....♥️♥️
Resepi Laksa Utara Simple & Sedap
Assalamualaikum semua. Hai...apa khabar.Harap semuanya sihat-sihat belaka ye. Untuk coretan blog kali ini, saya ingin kongsikan kepada kawan-kawan semua cara-cara untuk membuat Agar-Agar Pandan. Resepinya sangat senang dibuat. Malahan, bahan-bahannya pun senang di dapati dan murah.
Bahan-Bahan :
- 1 paket agar-agar bertali (20gm @ 25gm)
- 5 cawan air
- 1 1/4 cawan gula pasir
- Secubit garam
- 1 cawan santan
- 1 cawan pati pandan
- 1 biji telur
Cara-Cara Membuatnya :
- Kisar 7-8 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil 1 cawan pati sahaja. Ketepikan.
- Satukan santan, garam dan telur dalam bekas. Kocak/pukul perlahan.Jangan kisar guna blender ye. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, masak kan agar-agar, air pandan dan air hingga larut. Kemudian, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
- Apabila mendidih, masuk kan bancuhan santan tadi. Kacau sehingga betul-betul mendidih, meruwap.Padamkan api.
- Tuangkan adunan agar-agar ke loyang dan sejukkan di bawah kipas.
- Apabila bahagian atas agar-agar beku, boleh masukkan ke dalam peti ais
- Boleh potong, siap boleh dimakan😃
Resepi Agar-Agar Santan Pandan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post untuk blog saya kali ini ialah tentang kisah seram yang pernah saya alami sendiri suatu ketika dahulu. Selalunya saya post pasal hal masakan je. Kali ini bertukar selera ke cerita seram pulak ye hehe..
Korang mesti pernah dengarkan orang tua-tua dulu selalu berpesan dan melarang anak-anak mereka memotong kuku di waktu malam.Orang zaman sekarang kebanyakkan nya tidak percaya dengan kemunculan makhluk halus ini. Kita mungkin beranggapan apa yang dilarang oleh datuk nenek kita dahulu hanya ingin menakut-nakutkan kita saja. Saya dulu pun bertanggapan begitu juga sehingga lah saya alami sendiri kisah seram ini.
Gambar Hiasan
Kisah ini berlaku ketika saya masih bersekolah di sekolah rendah.Usia saya ketika itu 11 tahun. Pada suatu hari, saya memotong kuku saya di dapur. Pada waktu itu masih awal dalam pukul 6 lebih. Saya tidak pasti tetapi seingat saya pukul 6 petang. Sememangnya saya sudah tahu akan larangan memotong kuku pada waktu senja. Tapi saya rasa saya mengetip kuku itu masih awal. Belum pun sampai pukul 7 malam. Setelah saya memotong kuku, saya membuangnya ke bawah rumah. Rumah ibubapa saya dulu rumah papan, ada tiang tinggi.Jadi saya membuang kuku saya melalui celah-celah lubang lantai papan dan jatuh ke tanah.. Dahulu,saya masih kebudak-budakkan dan belum matang lagi.
Rumah ibubapa saya adalah sebuah rumah kampung yang sudah usang. Ada 2 bilik sahaja. Satu bilik dekat dapur dan satu bilik lagi berdekatan ruang tamu. Kakak saya tidur di bilik yang berdekatan dengan ruang tamu itu. Manakala adik saya tidur di bilik yang berdekatan dengan dapur.Pada malam itu, saya tidur bersama ibu dan ayah saya di ruang tamu.Seperti biasa, ayah saya akan menutup semua lampu dalam rumah semasa hendak tidur. Maklumlah nak jimat elektrik sebab kami dulu bukannya orang senang.
Ketika semua orang tengah nyenyak tidur termasuk lah saya, tiba-tiba saya tersedar apabila mendengar orang tengah mengetip kuku di dapur. Cara mengetip kukunya sama seperti saya ketip kuku pada petang sebelum itu. Saya ingat kan kakak atau adik lelaki saya yang memotong kuku pada waktu malam. Tapi yang saya pelik kalau mereka yang potong kuku di dapur, kenapa lampunya tidak dibuka. Saya mendengar orang tengah ketip kuku di dapur rumah di dalam gelap. Saya cuba berani kan diri untuk bangun dan pergi melihat sendiri siapa yang mengetip kuku kat dapur. Ketika cuba bangun, tiba-tiba ibu saya menarik tangan saya untuk tidur kembali.Saya merasa hairan. Saya memberitahu ibu yang saya terdengar orang ketip kuku di dapur. Ibu tetap menyuruh saya kembali ke tempat tidur. Ha...korang boleh bayangkan tak apa benda tu huhuhu...seramkan... Mesti ibu saya pun dah dapat agak apa benda tu.
Pada keesokkan pagi nya, saya cepat-cepat bangun dari tidur dan pergi bertanya kepada adik dan kakak sama ada mereka kah yang mengetip kuku semalam di dapur. Mereka masing-masing menggelengkan kepala tanda tidak berbuat demikian.Maka, bertambahlah persoalan di fikiran saya siapa yang mengetip kuku semalam. Persoalan itu mula terjawab apabila ada orang post pengalaman sama seperti saya.. Rupa-rupanya bukan kerja manusia tetapi ada lah makhluk halus seperti jin dan syaitan yang cuba menyesatkan kita.
Oleh itu, kita manusia zaman moden kini haruslah percaya dengan kata datuk dan nenek moyang kita kerana mereka lebih berpengalaman dan telah mengalami pelbagai kejadian atau peristiwa yang mistik ini. Nasihat saya buat anda semua, kalau nak potong kuku tu potonglah pada waktu pagi atau di siang hari.Jangan lakukan pada waktu senja atau waktu malam. Tetapi saya ketip kuku pukul 6 petang pun terkena juga tau.. Semuanya dengan izin Allah kan...
Akhir kata, setakat di sini sahajalah kisah seram saya untuk selingan pembaca semua. Semoga anda terhibur membaca nya ye...
Okey, babai semua..
Kisah Seram Ketip Kuku Waktu Senja
Subscribe to:
Posts (Atom)