Hai..apakahbar semua.Hari ini saya nak ceritalah sikit tentang Hari Jamuan Akhir Tahun di tadika anak saya seminggu yang lepas. Sebaik sahaja pulang daripada sekolah tadika, anak saya terus memberi sepucuk surat daripada gurunya. Surat itu menyatakan akan diadakan satu jamuan akhir tahun di tadika tersebut berserta tarikh. Di dalam surat itu juga menyatakan sekiranya ingin memberi sumbangan berupa makanan pun dialu-alukan.
Saya pun mula terfikir ingin mencuba membuat Apam Susu. Lagipun caranya pun sangat senang.Tetapi pastikan ada mixer.Kalau pakai senduk kayu takut kek tidak menjadi cantik dan tidak gebu. Resepi ini pun saya ambil daripada internet juga.Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelate
3 biji telur
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu esen vanila
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar susu pekat
Cara-Cara Membuatnya
1. Pecahkan telur dalam satu bekas, masukkan gula, ovelate dan esen vanila. Putar sehingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan susu pekat kemudian putar lagi sehingga sebati.
3.Akhir sekali masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit dan putar dengan mixer sehingga sebati.
4. Setelah itu, bahagikan kepada beberapa warna dan curahkan ke dalam loyang yang sudah disapu butter atau marjerin. Lorekkan menjadi bentuk bunga mengikut kreativiti masing-masing menggunakan lidi bersih.
Masukkan ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan sebelum ini. Kukus selama 45 minit.
Inilah hasilnya apam susu setelah masak dan setelah dipotong kecil-kecil.
Anda juga boleh buat seperti ini macam apam susu polkadot.
Rasanya pun sedap dan disukai ramai. Memang habislah apam susu yang saya buat ni ketika hari majlis jamuan tu. Oleh itu, kalau anda ingin mencuba silalah share resepi saya ini. Akhir kata, selamat mencuba kepada semua.
Bye...
Resepi Apam Susu yang Mudah dan Sedap
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya. Sudah lama saya tidak berblog disebabkan sibuk dengan kerja seharian .Untuk pengetahuan semua, saya ada buat bisnes kek coklat mini homemade. Bermacam-macam jenis kek coklat mini yang saya buat. Tapi di blog ini saya hanya akan kongsikan kek coklat mini yang paling senang dan mudah untuk dibuat serta kos perbelanjaan pun mungkin boleh dikurangkan kerana kek coklat mini saya ini tidak perlukan papercup. Saya hanya menggunakan bekas acuan sahaja. Bekas acuan pun plastik sahaja dan harganya sangatlah murah.Saya lebih suka membuat mini kek hanya menggunakan bekas acuan kerana kita boleh menggunakannya berkali-kali dan boleh menjimatkan kos tidak seperti papercup sentiasa kena bertukar ganti apabila nak membuat kek mini yang lain. Faham ke tak ye😅😅😅..saya pun kadang-kadang blur juga. Tak berapa pandai nak membina ayat yang baik bagi orang lain faham. Maaflah ye..😅😁
Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bahan-bahannya serta cara-cara membuatnya.
Bahan-Bahan
Bahan A:
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kastor/ gula pasir
3/4 cawan sebuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C:
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara Membuatnya:
1.Panaskan Pengukus terlebih dahulu.
2. Satukan semua bahan A di dalam sebuah periuk dan masakkan di atas api yang kecil.Kacau sehingga kesemuannya sebati. Setelah semua hancur dan sebati, tutupkan api dan biarkan seketika.
3. Ayakkan kesemua bahan B di dalam bekas lain.
4. Untuk Bahan C, mengikut cara saya, saya masukkan telur dan esen vanila ke dalam blender dan blend sampai keputihan.
5. Masukkan telur yang diblend tadi ke dalam bekas yang besar sedikit.Kemudian masukkan Bahan A yang telah dimasak. Kacau sebati dengan mengunakan senduk kayu atau whisk. Saya lebih suka guna mixer sebab kek akan jadi lebih lembut dan gebu.
6. Selepas itu, bolehla masukkan Bahan B yang telah diayak tadi. Masukkan sedikit demi sedikit kemudian kacau lagi sehingga sebati. Jikalau guna mixer jangan mix terlalu lama. Cukup bagi ianya sebati sahaja. Kemudian ambil sepatula atau senduk kayu kacau kaup balik sahaja.Ini bagi mengelakkan kek nanti jadi terlampau gebu atau mudah rapuh apabila masak nanti.
7. Setelah acuan kek dah sebati, bolehla dimasukan 3/4 dalam bekas acuan yang kecil. Tidak kiralah jenis bentuknya macam mana.Kalau yang saya punya ni berbentuk bulat.Ada yang berbentuk bintang dan berbentuk hati atau "LOVE". Maafla ye saya terlupa pula nak snap gambar bentuk acuan saya punya.
8. Bekas acuan kek mini tadi bolehla dimasukkan di dalam pengukus dan kukuskan selama 15minit-20 minit sahaja.Untuk pastikan ianya sudah masak, gunalah lidi yang anda cucuk sate tu. Bersihkan dulu ye sebelum cucuk kek nanti. Sekiranya tidak ada kek melekat di lidi tersebut, itu bermakna kek sudah masak.
9. Seterusnya bolehla dihidang begitu sahaja atau sediakan topping agar lebih nampak sedap dan menarik.
Resepi Topping Kek Mini Coklat
1) 150grm coklat masakan atau lebih bergantung berapa kuantiti kek coklat mini tersebut
2) 3/4 cawan susu pekat
3) 1/4 cawan susu cair
4) 1 sudu besar marjerin/butter
Cara-Cara Membuatnya
Masukkan kesemua bahan tadi kecuali mentega dan masak dengan menggunakan kaedah double boiler. Saya menggunakan kaedah ini kerana saya takut hangus je sebab saya ni suka berangan kat dapur hehe..Anda juga boleh masak di atas api yang perlahan untuk mengelakkan daripada coklat tu nanti jadi hangus.Kalau dah hangit dan hanggus memang tak sedaplah rasanya kan. Kacau sebati sehingga dia jadi sedikit likat dan pekat. Jangan terlampau cair je. Sesudah sebati, masukkan mentega dan kacau lagi. Mentega tu adalah sebagai penyeri agar ganache itu nampak bersinar-sinar dan berkilat-kilat gitu...
Setelah siap, biarkan sejuk sedikit dan bolehla dicurahkan ke atas kek coklat mini dengan mengunakan sudu. Boleh taburkan coklat rice di atasnya sebagai hiasan.
Inilah hasilnya Coklat Mini yang moist dan sangat sedap. Anda bolehla cuba-cuba membuatnya.Kek Coklat mini ni sangat sesuai untuk apa-apa majlis pun. Kanak-kanak pun ramai yang sukakannya. Senang untuk dimakan. Tak payah nak potong-potong bagai...
Saya ada membuat tempahan untuk kek coklat mini ini di sekitar Teluk Kumbar dan kawasan Penang sahaja setakat ini. Sekiranya berminat sila lah emeil saya ye.Maaf saya tidak dapat memberi no telefon kerana ianya sangat peribadi. Maximun untuk bilangan tempahan 100 biji sahaja dan perlu diberitahu seminggu lebih awal.
Okeyla, setakat di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di next blog.
Bye...😊😊😊😊
Saya ada membuat tempahan untuk kek coklat mini ini di sekitar Teluk Kumbar dan kawasan Penang sahaja setakat ini. Sekiranya berminat sila lah emeil saya ye.Maaf saya tidak dapat memberi no telefon kerana ianya sangat peribadi. Maximun untuk bilangan tempahan 100 biji sahaja dan perlu diberitahu seminggu lebih awal.
Okeyla, setakat di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di next blog.
Bye...😊😊😊😊
Resepi Kek Coklat Mini Kukus yang Moist & Sedap
Assalamualaikum dan salam ramadhan buat seluruh umat Islam.
Hari ini Cik Lieyza nak kongsikan Resepi Kek Oren yang sedap untuk tatapan para pembaca semua.
Ibu saya sangat suka makan kek oren. Oleh itu, saya buat kek ini khas untuk ibu saya.
Bahan- Bahan:-
- 1 biji buah oren sanquick
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan minyak masak
- 4 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- secubit garam.
- 1 sudu teh backing powder
Cara- Cara Penyediaannya:
- Potong buah oren kecil-kecil dan blend bersama minyak,telur dan gula sampai berbuih.
- Ayakkan tepung bersama baking powder dalam bekas lain.
- Tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam bekas tepung yang diayak tadi.
- Kacau sebati perlahan-lahan adunan sehingga sebati dan tepung tidak bergentel.
- Masukkan 1 sudu esen vanila dan kacau lagi
- Sapukan loyang dengan marjerin/planta
- Tuangkan adunan yang sudah sebati tadi ke dalam loyang.
- Panaskan oven dalam 15minit dengan suhu 180 darjah celcius.
- Apabila oven dah panas, masukkan loyang yang berisi adunan kek tadi. Bakar kek selama 50 minit dalam suhu 170 darjah celcius bergantung kepada oven masing-masing.
- Jikalau belum masak lagi, sila tambahkan minit lagi sehingga masak.
Inilah hasilnya, Kek Oren yang sedap.Cara membuatnya pun sangat senang.
Akhir kata, selama mencuba dengan mengikuti langkah-langkah penyediaannya yang betul. Mudah saja kan. Rasanya pun sedap iaitu rasa oren untuk pengemar kek oren. Wassalam...
Bye...
Resepi Kek Oren Yang Sedap
Assalammualaikum semua..Post kali ini Cik Lieyza nak kongsi resepi Kek Coklat Kukus yang sukatannya menggunakan cawan.Cik Lieyza rasa sukatan cawan ini lagi senang hendak disukat berbanding yang guna gm,kg bagai tu. Haih, terpaksalah menyusahkan diri nak mencari penimbang pulakkan.Kek coklat kukus ini hanya dimasak menggunakan pengukus sahaja. Sekiranya dekat rumah tidak ada oven, jangan khuatir kerana kek coklat juga boleh dimasak secara kukus.Rasanya pasti sedap,lazat dan menyelerakan. Cik Lieyza tidak suka tulis panjang-panjang sebab Cik Liza tahu fokus utama para pembaca adalah kepada resepi kek coklat kukuskan. Kalau Cik Lieyza nak search resepi masakan pun Cik Lieyza tak baca pun apa yang penulis tulis pada pendahuluan. Cik Lieyza terus je tengok pada bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. Lagipun masa tidak mencukupi, mulalah nak cepatkan.
Kek Coklat Kukus ku
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak/ majerin cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1 sudu esen vanila
- Masukkan gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api sehingga larut dan ketepikan.
- Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandunm, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
- Pukul telur sehingga kembang. Cara saya, saya blend je semua telur sehingga kembang dengan menggunakan blender. Biar ianya nampak berbuih-buih keputihan.
- Tapiskan telur yang diblend tadi ke dalam bekas utama untuk bancuh kek nanti supaya kulit telur tidak termasuk sekali ye. Masukkan juga esen vanila dan kacau sebati.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder yang diayak tadi.
- Kacau sehingga sebati dan jangan biarkan ianya berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan biarkan air mendidih dahulu baru dimasukkan loyang yang berisi adunan kek coklat.
- Sebelum itu, sapukan majerin atau butter ke dalam loyang sebelum tuangkan bancuhan kek coklat tadi.Tujuannya adalah supaya kek tadi tidak melekat apabila masak nanti dan senang untuk terbalikkan kek ke bekas yang lain.
- Untuk mengelakkan air wap terkena kek anda bolehla tutup kek menggunakan aluminium foil. Ada setengah mak-mak balutkan tudung periuk pengukus guna kain. Cara saya pula, saya balut guna plastik sahaja.
- Kukus kek selama 1 jam dan cuba cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.
- Kalau lidi tidak melekat itu bermakna kek sudah masak. Biarkan sejuk terlebih dahulu bolehla di angkat.
Kek coklat saya dah siap. Nak makan macam ini pun boleh.Sedap juga rasa. Kalau rajin bolehla buat topping untuk kek.
Bahan-Bahan:
- 1/2 bar coklat masakan
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu mentega/butter
- 1/4 cawan susu segar ( saya guna susu formula anak saya je iaitu susu Dutch Ludy 123. Nasib baik anak susu formula anak)
Cara- Cara Membuatnya :
- Saya masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Panaskan api dan jangan terlalu besar api tu. Kacau sekata sehingga dia pekat.
- Tutupkan api, biarkan sejuk dahulu kemudian baru boleh curahkan ke atas kek.
Contohnya macam ini lah. Bagi ganache tu jatuh meleleh seperti itu. Okey siap.
Kek kalau hendak dihias pun boleh. Anda gunalah choclate rice ke, buah ceri ke, strawbery ke, gula-gula ke.Kecantikan kek bergantung kepada kreativiti seseorang itu ye.
Inilah kek coklat saya.Maaflah comot sikit hehe (segan pula) tak sempat lap sebab anak-anak dah duk berebut-berebut nak makan kek.
Akhir sekali sebagai penutup kata, kalau ibu-ibu atau sesiapa saja nak cuba buat, saya galakkanlah sebab resepi ini sangat mudah. Kalau pakai pengukus dia akan masak on time je berbanding pakai oven. Oven ini nak kena tambah minitlah pula kalau lambat masak hehe..Ini daripada pengalaman saya. Bagi saya kek coklat kukus menggunakan cawan adalah resepi yang paling senang.
Okey, sampai jumpa lagi..
Bye...!!!
Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan
Assalamualaikum...hai, apakahbar semua.
Sekarang ini cuaca tidak menentukan. Sekejap panas, sekejap hujan. Tambahan pula, di bulan puasa mesti tekak ini terasa keringkan. Tanpa membuang masa saya menaip lagi hehe, post kali ini Cik Lieyza nak 'share' resepi cara nak membuat Puding Kastard yang berwarna-warni. Dengar nama puding pun dah tertelan air liurkan. Mesti sedap dan menyelerakan.
Bahan-Bahan:
Cara Membuatnya:
Akhir kata, saya rasa resepi ini sangat simple dan senang bukan. Puding ini sangat sedap dan menyelerakan. Kalau ada puan-puan atau ibu-ibu yang nak buat business berniaga puding macam ini pun boleh. Saya yakin ramai peminat puding di luar sana yang gemar makan puding. Okey, selamat mencuba resepi mudah ini.
Bye...
Sekarang ini cuaca tidak menentukan. Sekejap panas, sekejap hujan. Tambahan pula, di bulan puasa mesti tekak ini terasa keringkan. Tanpa membuang masa saya menaip lagi hehe, post kali ini Cik Lieyza nak 'share' resepi cara nak membuat Puding Kastard yang berwarna-warni. Dengar nama puding pun dah tertelan air liurkan. Mesti sedap dan menyelerakan.
Puding Kastard Warna Warni |
Bahan-Bahan:
- 1 peket agar-agar
- 5 cawan air
- 2 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1 cawan tepung kastard
- 1 sudu teh serbuk koko/milo/nescafe (boleh cuba perasa lain)
- 1 sudu teh air suam
- Pewarna merah & hijau (pilihan ikut suka)
Cara Membuatnya:
- Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula halus sehingga hancur.
- Dalam bekas lain, bancuhkan 1 tin susu cair bersama tepung kastard
- Kemudian masukkan campuran susu cair dan tepung kastard tadi ke dalam periuk berisi agar-agar tadi.
- Kacau sehingga sedikit pekat dan sebati
- Tutupkan api dan asingkan adunan kepada 4 mangkuk berlainan
- Bancuhkan milo dengan air suam. Kemudian masukkan ke dalam salah satu daripada 4 adunan tadi.
- Masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata.
- Masukkan pewarna hijau ke dalam mangkuk satu lagi dan kacau rata juga.
- Pada mangkuk yang keempat, biarkan mangkuk berwarna asal.
- Lapiskan perlahan-lahan adunan dan berselang seli dengan berlainan warna adunan.
- Biarkan adunan keras sebentar dan sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dimakan.
Ini adalah bancuhan yang belum dicampurkan dengan pewarna dan perasa lagi. |
Yang ini saya campurkan pewarna merah, hijau dan warna asal puding iaitu kuning. Perasa yang saya gunakan ialah milo. |
Saya gunakan bekas mini macam ini. Senang untuk anak-anak saya makan. Saya hanya masukkan adunan tadi berselang seli menggunakan adunan warna yang berlainan agar nampak warna warninya tu. |
Yang ini adunan warna merah yang terlebih banyak.Jadi saya masukkanlah ke dalam bekas yang ada. Kena buat cepat-cepat.Nanti dia akan pekat macam ini.Susah pula nak lapis bagi cantik. |
Okey, puding kastard saya dah siap dan bolehla disimpan dalam peti ais. Lepas ini mesti anak-anak saya berebut nak makan ni. |
Kalau tak mahu letak dalam bekas plastik mini, boleh juga di letakkan dalam bekas besar atau loyang. Apabila dah masak dan keras bolehla dipotong macam ini. |
Akhir kata, saya rasa resepi ini sangat simple dan senang bukan. Puding ini sangat sedap dan menyelerakan. Kalau ada puan-puan atau ibu-ibu yang nak buat business berniaga puding macam ini pun boleh. Saya yakin ramai peminat puding di luar sana yang gemar makan puding. Okey, selamat mencuba resepi mudah ini.
Bye...
Resepi Puding Kastard warna-warni
Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca semua. Hari ini Cik Lieyza nak berkongsi resepi untuk membuat Kek Majerin yang sedap dan mudah.Cik Lieyza buat ini tidak menggunakan mixer. Cik Lieyza hanya menggunakan tangan dan senduk kayu je untuk bancuh kek ye.Rasa penatlah sikit nak mengacaunya. Tetapi bergantunglah kepada anda semua ye.Kalau nak menggunakan mixer pun okey.
Kek ini senang sahaja hendak membuatnya. Rasanya pun sedap. Masa untuk hari raya nanti bolehla kalau nak membuat resepi kek majerin ini. Jom, kita tengok apa bahan-bahannya. Kalau tidak ada simpanan di rumah, bolehla ke kedai untuk membeli bahan-bahannya.
Kek Majerin Yang Sedap |
Bahan-Bahannya:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan majerin pelangi atau jenama lain pun boleh
- 1 cawan gula halus ( Cik Lieyza guna gula pasir je)
- 3 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila
Ini adalah antara bahan-bahan yang ada kat rumah Cik Lieyza |
Cara-Cara Membuatnya:
1. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder- ketepikan
2. Pukul majerin dan gula sampai kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.
4.Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau lagi sampai betul-betul kembang.
6. Sapu majerin di loyang terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan kek ke dalam loyang. Sebelum itu panaskan oven 15minit dalam suhu 170 darjah celcius.
7. Untuk hiasan kek, anda boleh letak ceri ke, chocolate chip ke dan macam-macam lah. Saya punya saya letak coklat rice.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga masak. Ada sesetengan oven tak sama. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Sekiranya belum masak lagi anda tambahlah minit lagi sehingga masak.
9. Apabila dah masak, biarkan kek dalam oven sehingga sejuk. Baru boleh dikeluarkan dipotong dan sedia untuk dimakan.
10. Ini lah hasilnya.
Okey, sudah siap dah bolehla dimakan seisi keluarga. Mudah bukan. Selamat mencuba.
Bye....
RESEPI KEK MAJERIN MUDAH & SEDAP
Assalamualaikum...hai apakabar semua.
Di sini saya nak sharekan resepi untuk membuat agar-agar kastard yang berwarna warni. Kalau di kelantan, agar-agar dipanggil nama belda. Caranya sangat mudah sekali. Kita tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat agar-agar jenis ini. Sambil berwatsapp pun boleh buat resepi ini.
Bahan-Bahannya
- 1 pack agar-agar(20gram/25gram)
- 6 cawan air
- 12 sudu makan gula
- 1/2 tin susu cair
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu teh pewarna merah ( sebagai hiasan)
- 1 sudu teh pewarna hijau (sebagai hiasan)
- Sedikit perasa (oren,coklat,milo dan lain-lain)
Cara-Cara Membuatnya :
- Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih serta larut semuanya.
- Masukkan tepung kastard,kuning telur(pastikan bancuh dahulu agar tidak berketul) dan masukkan susu cair ke dalam agar-agar tadi. Kacau sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, matikan api. Tuangkan ke dalam bekas atau loyang.
- Percikkan pewarna tadi hijau dan merah mengikut kreativiti anda sendiri,
- Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan.
Haa...ini saya punya hiasanlah. Tak berapa nak kreatif sangat. |
Agar-agar dan siap di potong dan bolehla di makan.Maaflah, gaya potongan tak berapa nak lulus. Tapi tak apa janji sedap hehe... |
Akhir sekali, sebagai penutup kata sekiranya anda suka dengan resepi ini bolehla mencuba di rumah. Senang,mudah dan jimat masa. Sedap pun sedap. Eh! macam nak promote pulak..Hehe...bukan promote tau.Just share kepada kawan-kawan semua.
Okeylah, bye.Jumpa lagi the next blog.
Terima Kasih.
Resepi Agar-Agar kastard yang lazat
Subscribe to:
Posts (Atom)