Assalamualaikum dan salam ramadhan buat seluruh umat Islam.

Hari ini Cik Lieyza nak kongsikan Resepi Kek Oren yang sedap untuk tatapan para pembaca semua.

Ibu saya sangat suka makan kek oren. Oleh itu, saya buat kek ini khas untuk ibu saya.




Bahan- Bahan:-
  1. 1 biji buah oren sanquick
  2. 1 cawan gula halus
  3. 1 cawan minyak masak
  4. 4 biji telur
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. secubit garam.
  8. 1 sudu teh backing powder

Cara- Cara Penyediaannya:
  •  Potong buah oren kecil-kecil dan blend bersama minyak,telur dan gula sampai berbuih.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dalam bekas lain.
  • Tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam bekas tepung yang diayak tadi.
  • Kacau sebati perlahan-lahan adunan sehingga sebati dan tepung tidak bergentel. 
  • Masukkan 1 sudu esen vanila dan kacau lagi
  • Sapukan loyang dengan marjerin/planta
  • Tuangkan adunan yang sudah sebati tadi ke dalam loyang.
  • Panaskan oven dalam 15minit dengan suhu 180 darjah celcius.
  • Apabila oven dah panas, masukkan loyang yang berisi adunan kek tadi. Bakar kek selama 50 minit dalam suhu 170 darjah celcius bergantung kepada oven masing-masing. 
  • Jikalau belum masak lagi, sila tambahkan minit lagi sehingga masak.

Inilah hasilnya, Kek Oren yang sedap.Cara membuatnya pun sangat senang.


Akhir kata, selama mencuba dengan mengikuti langkah-langkah penyediaannya yang betul. Mudah saja kan. Rasanya pun sedap iaitu rasa oren untuk pengemar kek oren. Wassalam...



Bye...

















Resepi Kek Oren Yang Sedap


Assalammualaikum semua..Post kali ini Cik Lieyza nak kongsi resepi Kek Coklat Kukus yang sukatannya menggunakan cawan.Cik Lieyza rasa sukatan cawan ini lagi senang hendak disukat berbanding yang guna gm,kg bagai tu. Haih, terpaksalah menyusahkan diri nak mencari penimbang pulakkan.Kek coklat kukus ini hanya dimasak menggunakan pengukus sahaja. Sekiranya dekat rumah tidak ada oven, jangan khuatir kerana kek coklat juga boleh dimasak secara kukus.Rasanya pasti sedap,lazat dan menyelerakan. Cik Lieyza tidak suka tulis panjang-panjang sebab Cik Liza tahu fokus utama para pembaca adalah kepada resepi kek coklat kukuskan. Kalau Cik Lieyza nak search resepi masakan pun Cik Lieyza tak baca pun apa yang penulis tulis pada pendahuluan. Cik Lieyza terus je tengok pada bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. Lagipun masa tidak mencukupi, mulalah nak cepatkan.

Kek Coklat Kukus ku



BAHAN-BAHAN
  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 cawan susu cair
  4. 1 cawan minyak masak/ majerin cair
  5. 1/2 cawan susu pekat manis
  6. 1 1/4 cawan tepung gandum
  7. 1 sudu teh baking powder
  8. 1 sudu teh soda bikarbonat
  9. 4 biji telur
  10. 1 sudu esen vanila

 CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Masukkan gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak ke dalam periuk. 
  2. Masakkan di atas api sehingga larut dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, ayakkan tepung gandunm, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Pukul telur sehingga kembang. Cara saya, saya blend je semua telur sehingga kembang dengan menggunakan blender. Biar ianya nampak berbuih-buih keputihan.
  5. Tapiskan telur yang diblend tadi ke dalam bekas utama untuk bancuh kek nanti supaya kulit telur tidak termasuk sekali ye. Masukkan juga esen vanila dan kacau sebati.
  6. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder yang diayak tadi.
  7. Kacau sehingga sebati dan jangan biarkan ianya berketul-ketul.
  8. Panaskan pengukus dan biarkan air mendidih dahulu baru dimasukkan loyang yang berisi adunan kek coklat.
  9. Sebelum itu, sapukan majerin atau butter ke dalam loyang sebelum tuangkan bancuhan kek coklat tadi.Tujuannya adalah supaya kek tadi tidak melekat apabila masak nanti dan senang untuk terbalikkan kek ke bekas yang lain.
  10. Untuk mengelakkan air wap terkena kek anda bolehla tutup kek menggunakan aluminium foil. Ada setengah mak-mak  balutkan tudung periuk pengukus guna kain. Cara saya pula, saya balut guna plastik sahaja.
  11. Kukus kek selama 1 jam dan cuba cucuk dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.
  12. Kalau lidi tidak melekat itu bermakna kek sudah masak. Biarkan sejuk terlebih dahulu bolehla di angkat.


 Kek coklat saya dah siap. Nak makan macam ini pun boleh.Sedap juga rasa. Kalau rajin bolehla buat topping untuk kek.




 CARA-CARA MEMBUAT TOPPING UNTUK KEK COKLAT KUKUS

Bahan-Bahan:
  • 1/2 bar coklat masakan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu mentega/butter
  • 1/4 cawan susu segar ( saya guna susu formula anak saya je iaitu susu Dutch Ludy 123. Nasib baik anak susu formula anak) 

 Cara- Cara Membuatnya :
  •  Saya masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Panaskan api dan jangan terlalu besar api tu. Kacau sekata sehingga dia pekat.
  • Tutupkan api, biarkan sejuk dahulu kemudian baru boleh curahkan ke atas kek.


Contohnya macam ini lah. Bagi ganache tu jatuh meleleh seperti itu. Okey siap.



Kek kalau hendak dihias pun boleh. Anda gunalah choclate rice ke, buah ceri ke, strawbery ke, gula-gula ke.Kecantikan kek bergantung kepada kreativiti seseorang itu ye.



Inilah kek coklat saya.Maaflah comot sikit hehe (segan pula) tak sempat lap sebab anak-anak dah duk berebut-berebut nak makan kek.





 Akhir sekali sebagai penutup kata, kalau ibu-ibu atau sesiapa saja nak cuba buat, saya galakkanlah sebab resepi ini sangat mudah. Kalau pakai pengukus dia akan masak on time je berbanding pakai oven. Oven ini nak kena tambah minitlah pula kalau lambat masak hehe..Ini daripada pengalaman saya. Bagi saya kek coklat kukus menggunakan cawan adalah resepi yang paling senang.

Okey, sampai jumpa lagi..

Bye...!!!



























Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Assalamualaikum...hai, apakahbar semua.

Sekarang ini cuaca tidak menentukan. Sekejap panas, sekejap hujan. Tambahan pula, di bulan puasa  mesti tekak ini terasa keringkan. Tanpa membuang masa saya menaip lagi hehe, post kali ini Cik Lieyza nak 'share' resepi cara nak membuat Puding Kastard yang berwarna-warni. Dengar nama puding pun dah tertelan air liurkan. Mesti sedap dan menyelerakan.



Puding Kastard Warna Warni


Bahan-Bahan:
  •  1 peket agar-agar
  • 5 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 sudu teh serbuk koko/milo/nescafe (boleh cuba perasa lain)
  • 1 sudu teh air suam
  • Pewarna merah & hijau (pilihan ikut suka)

Cara Membuatnya:
  1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula halus sehingga hancur.
  2. Dalam bekas lain, bancuhkan 1 tin susu cair bersama tepung kastard
  3. Kemudian masukkan campuran susu cair dan tepung kastard tadi ke dalam periuk berisi agar-agar tadi.
  4. Kacau sehingga sedikit pekat dan sebati
  5. Tutupkan api dan asingkan adunan kepada 4 mangkuk berlainan
  6. Bancuhkan milo dengan air suam. Kemudian masukkan ke dalam salah satu daripada 4 adunan tadi.
  7. Masukkan pewarna merah ke dalam satu mangkuk dan kacau rata.
  8. Masukkan pewarna hijau ke dalam mangkuk satu lagi dan kacau rata juga.
  9. Pada mangkuk yang keempat, biarkan mangkuk berwarna asal.
  10. Lapiskan perlahan-lahan adunan dan berselang seli dengan berlainan warna adunan.
  11. Biarkan adunan keras sebentar dan sejukkan dalam peti sejuk dan boleh dimakan.




Ini adalah bancuhan yang belum dicampurkan dengan pewarna dan perasa lagi.





Yang ini saya campurkan pewarna merah, hijau dan warna asal puding iaitu kuning. Perasa yang saya gunakan ialah milo.





Saya gunakan bekas mini macam ini. Senang untuk anak-anak saya makan. Saya hanya masukkan adunan tadi berselang seli menggunakan adunan warna yang berlainan agar nampak warna warninya tu.




 Yang ini adunan warna merah yang terlebih banyak.Jadi saya masukkanlah ke dalam bekas yang ada. Kena buat cepat-cepat.Nanti dia akan pekat macam ini.Susah pula nak lapis bagi cantik.




Okey, puding kastard saya dah siap dan bolehla disimpan dalam peti ais. Lepas ini mesti anak-anak saya berebut nak makan ni. 





Kalau tak mahu letak dalam bekas plastik mini, boleh juga di letakkan dalam bekas besar atau loyang. Apabila dah masak dan keras bolehla dipotong macam ini.




Akhir kata, saya rasa  resepi ini sangat simple dan senang bukan. Puding ini sangat sedap dan menyelerakan. Kalau ada puan-puan atau ibu-ibu  yang nak buat business berniaga puding macam ini pun boleh. Saya yakin ramai peminat puding di luar sana yang gemar makan puding. Okey, selamat mencuba resepi mudah ini.

Bye...















Resepi Puding Kastard warna-warni